Sunday, June 12, 2011

Piagam Pelanggan Kementerian Belia & Sukan

Bahagian pembangunan belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara akan berusaha ke arah melahirkan masyarakat belia yang lengkap dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti, menampilkan semangat patriotisme dan kesukarelaan yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi serta menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Bagi mencapai hasrat ini, kami berjanji untuk :
  • Memberi perkhidmatan yang bersih, cekap, tepat dan cepat dalam suasana mesra serta bersedia membantu anda apabila anda membuat aduan mengenai perkhidmatan kami.
  • Bersedia memberi maklumat berhubung dengan jenis-jenis bantuan perkhidmatan, latihan dan kemudahan di bawah program pembangunan belia.
  • Bersedia memberi bimbingan dan khidmat nasihat dan melaksanakan sebarang aktiviti/ program pembangunan belia selaras dengan sadar dan wawasan belia negara.
  • Memproses dan memberi kelulusan permohonan bantuan projek/aktiviti (OS 42000) di bawah RM 30,000 kepada pertubuhan /persatuan belia dalam masa satu (1) bulan.
  • Memproses dan memperakukan kepada urus setia bantuan peringkat kementerian semua permohonan bantuan projek/aktiviti (OS 42000) melebihi RM 30,000 dalam masa dua (2) bulan.
  • Membantu dan memantau pertubuhan/persatuan belia peringkat kebangsaan serta mengaktifkan persatuan yang lemah.
  • Memaklumkan penerimaan permohonan pinjaman Tabung Ekonomi Belia (TEB) dalam tempoh dua (2) bulan.
  • Melaksanakan penguatkuasaan bayaran balik pinjaman Tabung Ekonomi Belia (TEB) dengan adil dan saksama tanpa prasangka.
  • Menimbang dan menawarkan kepada belia-belia bagi menyertai program pembangunan belia di dalam dan di luar negara dengan seadil-adilnya.
  • Meningkatkan penyertaan belia dalam pelbagai program dan aktiviti sihat serta menanamkan semangat perpaduan, setiakawan dan kekitaan.
  • Memberi peluang seluas mungkin kepada belia-belia bagi menyertai aktiviti gaya hidup sihat.
  • Memupuk sikap dan nilai murni serta semangat patriotisme dan menyemai serta menyemarakkan semangat kesukarelaan di kalangan melalui perlaksanaan program/aktiviti.
  • Mempastikan latihan yang dijalankan di semua peringkat mengikut modul yang disediakan.

No comments:

Post a Comment